Berikut adalah tips, petua, kaedah, teknik, panduan, bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan yang dialami oleh lelaki dan wanita.
Petua Untuk Menghilangkan Bau Badan Yang Busuk:
Pilihan 1: Ambil beberapa batang serai
dan buah limau kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian
campurkan dengan air mandian. Mandi dengan air tersebut setiap pagi dan
petang selama seminggu.
Pilihan 2: Ambil sebiji timun muda.
Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian
badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari
setiap kali selepas anda mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan
hilang.
Pilihan 3: Ambil limau purut, limau
nipis ataupun limau kasturi dan selepas itu dibelah dua. Sebelum mandi,
sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti
ketiak. Biarkan 15 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi.
Insyaallah bau badan akan hilang.
Pilihan 4: Minum air rebusan daun sirih
atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan
sekurang-kurangnya selama seminggu.
Pilihan 6: Rebus secekak serai wangi,
daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi
dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini 3 kali seminggu.
Pilihan 7: Selepas mandi, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.
Pilihan 8: Goreng segenggam beras tanpa
minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam
jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 15 minit
sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.
Pilihan 9: Campurkan tawas yang telah
dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu
ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum
tidur.
Pilihan 10: Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Pilihan 11: Gosokkan hampas teh yang
telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit
sebelum mandi. Amalkannya 3 kali seminggu.
Berikut adalah 11 tips, panduan, teknik, kaedah, tips, petua dan bagaimana cara untuk menghilangkan bau badan.
Semoga berjaya :)
No comments:
Post a Comment