AL-FATIHAH BUAT ADIK SEPUPUKU MOHD SHAHRIZAL YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 28/09/2012 PADA JAM 2.30 PETANG DI KAMPUNG LINTAH TIONG, SLIM VILLAGE, SLIM RIVER, PERAK. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMATNYA... AMIINN.
DALAM KENANGAN - MOHD SHAHRIZAL BIN ABDULLAH
AL-FATIHAH UNTUK RIZAL....
![]() | ||||
NIE GAMBAR WAKTU RIZAL BABY |
![]() | ||
GAMBAR RIZAL YANG SEKARANG |
![]() | ||
GAMBAR RIZAL NGAN ECAH.. ECAH NI DIKIRA SEBAGAI ANAK BUAH KPD RIZAL TAPI UMUR LEBIH KURANG JE |
![]() | |
NIE ADALAH GAMBAR RIZAL DENGAN ABANG DIA.. RIZAL BELAH KANAN& ABANG DIA YANG BELAH KIRI TU. DORANG BERDUA NI MEMANG RAPAT TERMASUKLAH SEKALI DENGAN SI ECAH TU (GAMBAR ECAH KAT ATAS) |
Masa kejadian makcik aku tgh solat. Memang ngam-ngam lepas solat tu makcik aku pandang depan api dah marak kat tingkat atas. Utk pengetahuan korang rizal ngan abg dia ni anak angkat makcik aku ni. So jgn la pelik tgk muka dorang lain sikit. Arwah pakcik aku ambik dorang sebab mak dorang nak masuk agama Hindu dia balik. So, pakcik aku tak nak la bagi budak berdua ni tukar agama ikut mak dorang sebab dorang memang dilahirkan Islam. Arwah pakcik aku ni kerja kat Jabatan Agama Islam, Perak.
Time rumah terbakar yang ada kat umah tu rizal, abang rizal yang bernama sarip nama sebenar sarip adalah Mohd Shariff ok.. makcik aku & anak kandung makcik aku iaitu Alan.
Alan dengan sarip main dekat luar rumah, makcik aku tgh solat yang shahrizal pergi main kat tingkat atas rumah. Asalnya rizal main ngan abang-abang dia kat luar rumah.. entah macam mana tetiba dia boleh pulak pergi sensorang naik tingkat atas rumah.
Benda dah nak jadi adik sepupu aku tak dapat nak diselamatkan sebab api dah terlalu marak ditambah lagi rumah tingkat atas tu kayu. Cuma rumah tingkat bawah je batu. Tapi, batu-batu pun rumah bawah hangus jugak.
Rumah 100 peratus hangus dan dorang tinggal sehelai sepinggang. So, waktu kitaorang balik, kitaorang bawak la baju-baju sikit utk bagi kat dorang sekeluarga. Sekarang ni dorang duduk menumpang dekat satu chalet kat area kampung lintah tu jugak. Nasib baik la ada orang kampung yang baik hati bagi menumpang chalet diaorang.
No comments:
Post a Comment