Pages
▼
Friday, December 14, 2012
KENALI PENGADIL YANG MEMUSNAHKAN HARAPAN HARIMAU MALAYA KE FINAL PIALA AFF SUZUKI 2012
KENALI PENGADIL YANG MEMUSNAHKAN HARAPAN HARIMAU MALAYA KE FINAL PIALA AFF SUZUKI 2012 - Fadhli Shas dibuang padang, Malaysia melawan 12 orang termasuk pengadil ketika melawan pasukan Thailand pada peringkat separuh akhir Piala Aff Suzuki 2012. Inilah orangnya (gambar atas) yang menjadi punca kekalahan Malaysia. Namanya adalah Lee Min Hu, pengadil dari Korea yang berusia 33 tahun. Bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2005.
Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 game dia layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap game. Rekod memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.
Kontroversi bukan perkara baru kerana Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun dipertikaikan oleh media antarabangsa, mengapa masih biarkan pengadil tersebut adili kejohanan AFF Suzuki pula?
*psst: pada pendapat aku H A R A M K A N dia datang ke Malaysia. Jangan sesekali bagi dia jejakkan kaki ke sini....
No comments:
Post a Comment