Bau mulut yang menyenangkan memberikan anda lebih keyakinan untuk
berinteraksi dengan individu lain. Tapi, anda tahu tak cara untuk
mengatasi masalah mulut berbau ataupun nafas berbau ni?
Pada edisi kali ini, petuanya berfungsi mengatasi kedua-dua masalah
sekaligus. Iaitu boleh menghilangkan masalah nafas berbau serta mengawal
bau mulut anda. Bahan utama yang diperlukan adalah bunga cengkih.
Cara mengamalkan petua ini adalah seperti berikut:
1. Ambil sebanyak 10 hingga 15 biji atau bunga cengkih.
2. Rebuslah cengkih tersebut bersama 10 gelas air bersih kira-kira dalam
masa 15 minit. Ataupun sehingga air rebusan tu tinggal lebih kurang
pada paras 3 gelas.
3. Kemudian, anda minumlah air rebusan itu sebanyak 1/4 atau 1/2 gelas sekurang-kurangnya sekali sehari.
Namun begitu, korg boleh meminumnya sebanyak 3 kali (selepas makan) untuk kesan yang lebih baik.
Di samping itu, air rebusan cengkih ni juga boleh korg gunakan untuk
tujuan lain. Antaranya bagi melegakan kembung perut, membuang angin
dalam badan dan melegakan rasa sengal-sengal.
Selamat Mencuba! :)
No comments:
Post a Comment