100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda
pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh
mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam
akan mendapat tanda ini cuma sama ada
mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung
kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari
sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang
tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy
Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan
merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum
kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang
diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum
kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi
kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan
maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
1 hari sebelum
kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan
satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
No comments:
Post a Comment