Korang kenal tak sape tu Maher Zain. Tipu ah
kalo korang tak kenal even budak kecik pun pandai nyayi lagu beliau,
korang apa lagi lah. Kalo korang nak tahu, aku ni salah sorang daripada
jutaan peminat fanatik giler2 Maher Zain ni. Korang salah sorang gak ke?
Ni dia biodata beliau.
BIODATA
Nama sebenar: Maher Zain
Tarikh lahir: 1982
Tempat lahir: Lubnan
Umur: 28 tahun
Status: belum Berkahwin
Kerjaya: Penyanyi, pemuzik
Genre: R&B, Soul, World Music, akustik
Label: Awakening Records
Album: Thank You Allah (2009)
Pencapaian: Lagu Keagamaan Terbaik 2009 (Ya Nabi Salam Alayka) dari Nujoom FM (stesen radio terbesar Mesir)
Tarikh lahir: 1982
Tempat lahir: Lubnan
Umur: 28 tahun
Status: belum Berkahwin
Kerjaya: Penyanyi, pemuzik
Genre: R&B, Soul, World Music, akustik
Label: Awakening Records
Album: Thank You Allah (2009)
Pencapaian: Lagu Keagamaan Terbaik 2009 (Ya Nabi Salam Alayka) dari Nujoom FM (stesen radio terbesar Mesir)
Maher yang popular menerusi lagu Insha Allah, Thank
You Allah dan Baraka Allahu Lakuma mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat
rekod jualan Platinum sekitar 25,000 unit apabila album pertamanya, Thank You
Allah berada di pasaran Malaysia sejak Mei lalu.
Maher
Zain graduan jurusan Kejuruteraan Penerbangan ini memilih untuk membabitkan
diri dalam dunia muzik selepas menamatkan pengajian.
Dia pernah melalui kehidupan gelap kerana terjebak dengan pelbagai gejala negatif disebabkan tersilap memilih kawan. Namun, mujur Tuhan masih lagi memberi petunjuk untuk berubah.
“Tiga tahun lalu, saya pernah melalui kehidupan
yang tersasar daripada landasan Islam. Saya banyak melakukan perkara yang
menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.
“Apa
saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap
nakal bagi anak muda zaman sekarang, menguasai diri saya. Ketika itu, saya
sering bertengkar dan bergaduh dengan rakan.
“Pada pandangan saya, muzik sebahagian daripada
kehidupan harian kita. Ketika mempelajari mengenai Islam dengan lebih mendalam,
saya mendapat inspirasi mencipta lagu. Saya juga mahu menjadikan lirik lagu
yang dihasilkan ini sebagai inspirasi kepada pendengar.
“Tidak
hanya kepada masyarakat Muslim, malah bukan Muslim juga dapat menerima melodi
lagu yang cuba
saya sampaikan. Konsep yang cuba
saya ketengahkan menerusi muzik cukup mudah, ringkas dan mempunyai melodi
catchy,” katanya.
Biarpun
mengakui perjalanan dalam bidang seni masih baru bermula dengan beberapa
perancangan sedang giat dijalankan, artis bernaung di bawah syarikat rakaman
antarabangsa Awakening Records ini berharap penampilan bersama album solo dapat
diterima semua peminat muzik.
Menurut Maher, membesar dalam persekitaran dunia Barat cukup mencabar, malah sentimen seperti Islamofobia yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim tetap ada di mana-mana. Namun terpulang kepada cara individu atau masyarakat yang menilainya.
“Saya melihat perkembangan Islam di Sweden semakin kuat. Tidak ada unsur diskriminasi atau paksaan. Masyarakat diberi kebebasan untuk menuntut ilmu. Hampir setiap minggu, ada sahaja program atau ceramah yang diadakan di masjid. Ajaran Islam cukup menarik dan agama yang lengkap.”
No comments:
Post a Comment