TEKANAN, GANGGUAN ATAU KECEDERAAN
Nampaknya, Peminat bola sepak Malaysia merelakan dan menerima
seadanya akan kekalahan Malaysia kepada Thailand dengan alasan Pengadil
berat sebelah dan sebagainya.
Namun, saya tidak fikir begitu.
Saya melihat Datuk Raja Gopal dan pengurusan team Malaysia
menyembunyikan sesuatu beberapa jam sebelum team Malaysia berangkat ke
Bangkok.
Pertama, mengapa pengurusan Malaysia memberi kebenaran kepada
PBNJ
dan Safie Salee berjumpa dan menandatangani Perjanjian dengan Johor.
Sepatutnya masa itu masa latihan, masa di mana Safie Salee menumpukan
perhatiannya kepada Latihan dan Negara! Tidak bolehkah dilakukan selepas
Piala AFF!!! Nampaknya berlaku kejar-mengejar, desak-mendesak dan
paksa-memaksa kerana sebelumnya acara menandatangani hendak dibuat di
Johor Bahru tetapi terpaksa mengganggu Safie Salee di Pusat Latihan
Negara!
Ternyata menjelang umur Safie ke-30an tahun, Safie Salee
nampaknya melihat kepada keuntungan peribadi berbanding kepentingan
negara. Di Indonesia, Safie dibayar hampir RM100, 000 sebulan. Manakala
dengan Johor khabarnya mencecahkan RM100,000. Johor akan membuang Safie
Salee jika Safie Salee tidak boleh bermain dan dirundung kecederaan
berpanjangan. Nampaknya, Safie Salee seperti menyimpan kecederaannnya
untuk pulih sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula!
Kedua, kita
merasa was-was kerana Safie Salee hanya diturunkan kurang 20minit di
dalam kedua-dua perlawanan timbal balik itu. Kononnya Safiee Salee
cedera tidak masuk akal, pengurusan dan Datuk Raja Gopal perlu menjawab
ini? Dedahkan Laporan Perubatan Safie Salee dan juga Wan Zack Haikal?
Pasukan Perubatan tertakluk kepada Profesionalisme dan Convention
Geneva. Mereka mesti memberi laporan semasa.
Apakah Datuk Raja
Gopal terlibat dalam konspirasi tidak menurunkan Safie Salee dan Wan
Zack Haikal sedangkan sehari sebelumnya, Safie menyatakan kepada
wartawan dia sudah bersedia!
Rakyat Malaysia yang membayar Cukai
Pendapatan, dan Cukai Pendapatan itu digunakan untuk membayar gaji
pemain bola sepak Malaysia, jurulatih dan pengurusan bola sepak. Mereka
perlu memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia.
Mereka patut
mencontohi Aidil walaupun berdepan masalah Mahkamah dengan Rita Rudaini,
tetrapi memberi keutamaan kepada negara. Kembarnya yang cedera langsung
tidak bermain, tidak hendak berpura-pura.
Semua orang tahu di
umur 30an Safie Salee sedang berdepan penurunan prestasinya. Gaji
RM100,000 memang menarik, tetapi Mokhtar Dahari yang sakit bermain juga
di Kelayakan Piala Dunia di Korea Selatan walaupun usianya sudah tidak
larat dan penyakitnya sudah ada tanda-tanda dia menahannya. Mereka yang
seperti ini sungguh-sungguh tidak patriotik kepada negara!
Kita
tidak mempertikaikan berapa pun pendapatan sesiapa pun, itu hak dan
rezeki masing-masing. Siasatan perlu dilakukan, post mortem mesti dibuat
kerana kelihatan berlaku sesuatu yang tidak kena kepada Team Malaysia,
khususnya ketika kalah dengan Thailand!
Siasatan perlu dilakukan! Bagaimana pandangan anda?