Monday, May 6, 2013

Ustaz Azhar Idrus TEGUR Cikgu Shida.






Sebelum apa-apa, aku nak clearkan disini.., aku tak ada masalah dengan Ustaz Azhar Idrus.., gua juga terhibur dengar keletah Cikgu Shida... dan aku suka dengar lagu Yuna..
So... kali ni akunak sentuh sikit pasal komen Ustaz Azhar Idrus tentang lakonan 'miming' Cikgu Shida didalam Youtube.. Baca kat bawah ni kenyataan dari Azhar Idrus...

 Aku setuju bila Ustaz Azhar Idrus kata sebagai seorang pompuan, mereka kena ada rasa malu.. Tak kiralah artis ke... lawyer ke... bini Perdana Menteri ke... kena ada sifat malu beb..
So.. sepatutnya Cikgu Shida tu kenalah terima dengan hati yang terbuka.. Orang kata... bila ada lagi insan yang sudi nasihatkan kita tu... tandanya masih ada yang sayang..
Jadi... jom kita baca luahan hati Cikgu Shida... 
Renung-renungkannn..

Siapa Ustaz Azhar Idrus Yang Sebenar? Sebelum Menjadi Ustaz






Mungkin ramai yang tak tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz? Apakah yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz yang dipetik dari Facebook

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. 

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.


Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. 

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. 

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
 

Sunday, May 5, 2013

Teknik Mandikan Kucing Yang Takut Air






Memandikan kucing adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan. Ye la…kucing kan takut air, kalau korang dapat kucing yang tak takut air tu memang beruntung la, takda la payah sangat nak mandikan diorang ni. Tapi kalau dah takut sangat ni la yang payah sikit. Kena banyak bersabar. Kebanyakkan kucing akan meronta-ronta untuk mengelak daripada dirinya dibasahkan. Di sini kami ingin kongsikan bagaimana untuk memandikan kucing yang takut pada air ini…



Pertama sekali, dapatkan syampu kucing. Ia boleh didapati dalam jenis cecair ataupun serbuk kering. Syampu jenis kering tidak memerlukan air untuk membersihkan kucing, cuma berus je.
Apabila memandikan kucing buat kali pertama jangan jadikannya pengalaman yang paling teruk bagi kucing korang, kalau tak nanti kucing tu akan takut mandi seumur hidup…LOL. Mandikan kucing korang secara perlahan-lahan supaya anda tidak mencederakannya.
 
 

Memandikan kucing yang takut air boleh meninggalkan kesan trauma jika korang tidak berhati-hati, dan boleh menyebabkan kucing yang ketakutan selama beberapa hari selepas itu.
Jangan rendam kucing korang sepenuhnya, maknanya jangan curahkan air pada mukanya. Oh ya, sebelum mandi jangan lupa potong dulu kuku kucing tu, nanti habis korang kene cakar.
Kalau bilik air korang ada “rubber mat” lagi bagus, sebab kalau korang mandikan kucing korang kat situ akan menjadikan diorang berasa lebih selamat, jadi diorang kurang cenderung untuk panik dan menjadi agresif.


Kalau dapat kucing yang macam ni korang takyah mandikan diorang, diorang sendiri akan pegi mandi. hahahaha...


Sumber- Kucing.my

Sebab Apa Kucing Makan Rumput?






1) Kucing makan rumput adalah kerana untuk mengharapakan dengan makan rumput, ia akan mengakibatkan ia seperti “keracunan” atau “sakit” kerana untuk mengeluarkan racun atau sakit yang ada kat dalam perut atau badannya. ini adalah kerna ia mengalami gangguan pencernaan di dalam saluran perut.


 sesetengah laman web menyatakan, ia jugak keranap untuk memuntahkan semula bahan didalam perut. contohnya gumpalan bulu. Bulu jika tertelan dan tidak dikeluarkan amat bahaya untuk kesihatan kucing dan boleh mengakibatkan radang pada intestine kucing tersebut.


cuba korang lihat atau observe, lepas kucing nie makan rumput, ia akan senyap tidak bergerak beberapa saat, kemudian akan merasa mual seperti keracunan, dan kemudian akan memuntahkan sesuatu.


2) kucing adalah haiwan karnivor dimana kucing kebiasaanya makan daging dan ikan. tetapi, kucing juga sperti manusia memerlukan keseimbangan badan seperti calcium, protein dan sebagainya. oleh itu kadang- kadang, kucing memakan rumput atau sayur adalah untuk menambah serat di dalam badan. Kucing pun pandai tau...

Friday, May 3, 2013

Tips Untuk Mengajar Kucing Anda Mengenali Nama Samarannya





Bagi kucing yang pertama kali tinggal bersama anda selalunya ketika dipanggil, kucing anda buat "derk" je, mesti anda nak kucing anda datang pada anda bila dipanggil kan?

4 cara untuk ajar kucing anda mengenal namanya:

 1. Ketika anda sedang bermain dengan kucing anda, selalu panggil dengan namanya. Ketika 
     kucing anda bagi respon, beri la dia pujian kat beliau, pastu bagi sedikit hadiah seperti 
     makanan kesukaannya, cara ini akan membantu mengingatkan namanya kerana kucing 
     anda akan terasa tentang hal yang best, seolah-olah beliau akan berfikir bila namanya 
     dipanggil, dia akan diberi sesuatu.

 2. Mesti selalu rapat dengan kucing anda, tengok tingkah laku nya, ajak kucing anda bermain 
     sambil bermain sambil disulami memanggil namanya. Lama-kelamaan kucing anda akan 
     mengingat namanya dan akan beri respon yg baik dan akan ternanti-nanti sesuatu yang 
     akan anda berikan setiap kali anda memanggil namanya.


 3. Jangan panggil nama kucing anda ketika kucing anda sedang buat hal sebab kucing anda 
     akan terasa bahawa nama itu disebut untuk marah beliau. Panggil nama kucing anda masa 
     dia dok makan. Jika kucing anda dok ada kat luar, panggil kucing anda sambil tuang 
     makanan/minuman ke tempatnya, cara ini boleh dilakukan untuk mengajarkannya datang 
     ketika anda menyebut namanya. Kalau boleh start tips2 ni semenjak kucing anda kecik 
     lagi. Ajar kucing yg kecik lagi senang dari yang dah kertu.

 4. Jangan sesuka hati ubah nama kucing anda sebab ini akan semakin memeningkan kepala 
     kucing anda. Panggilkan beliau cuma satu nama saja.



selalunya tips ni lebih mujarab dengan makanan & minuman favorite kucing anda... Selamat Mencuba :)

Thursday, May 2, 2013

5 Mitos Tentang Deodoran dan Kanser Payudara







Tidak dapat dinafikan, produk kosmetik dan penjagaan kulit mengandungi pelbagai bahan kimia.  Justeru tidak hairanlah begitu banyak laporan tentang kesan buruk penggunaan produk-produk itu termasuk khabar angin yang mengatakan bahawa deodoran boleh meningkatkan risiko kanser payudara.  Adakah dakwaan itu benar?

Usah ditelan bulat-bulat segala perkara yang anda dengar.  Berikut, lima mitos tentang penggunaan deodoran dan antipeluh, yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak termasuk American Cancer Society.

1.    Deodoran meningkatkan risiko kanser payudara.

    Hampir tiada bukti saintifik yang menyokong mitos ini. Beberapa saintis pernah melakukan kajian pada tahun 2002 yang melibatkan 813 wanita yang menghidap kanser payudara dan 793 wanita sihat. Para saintis tidak menemukan kaitan antara risiko kanser payudara dengan penggunaan deodoran atau dengan kebiasaan mencukur bulu ketiak.

2.    Memakai deodoran selepas mencukur bulu ketiak akan menyebabkan bahan kimia berbahaya mudah menyerap ke dalam tubuh dan mengakibatkan kanser payudara.

Jika anda mencukur dan secara tidak sengaja mencederakan kulit ketiak anda, kulit anda berisiko terkena jangkitan. Apabila kulit yang terluka atau terjena jangkitan disapu dengan deodoran, sudah tentu ia akan mengakibatkan kerengsaan pada kulit.  Yang pasti, ia tidak menyebabkan kanser payudara.


3.    Deodoran mengandungi bahan kimia parabens yang mengakibatkan kanser.

Kajian menunjukkan bahawa parabens mengandungi bahan yang serupa dengan hormon estrogen. Risiko kanser payudara memang meningkat sekiranya tubuh terdedah kepada jumlah estrogen yang banyak.  Namun estrogen dalam parabens amat sedikit berbanding estrogen yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh kita. Fakta lain: parabens tidak hanya terkandung dalama deodoran, tetapi juga dalam syampu, losyen badan, pelindung mentari dan pelbagai produk solekan. Kajian lain juga menunjukkan bahawa parabens boleh dikesan dalam air kencing 99% manusia. Namun hingga kini, belum ada bukti yang parabens mengakibatkan kanser.


4.    Antipeluh mengurangkan pengeluaran peluh sekali gus menghalang penyingkiran bahan toksin keluar daripada tubuh.

Tubuh mengeluarkan bahan toksin yang berpotensi mengakibatkan kanser dengan bantuan buah pinggang dan hati, bukannya melalui peluh. Bahan-bahan berbahaya itu disingkirkan melalui air kencing dan najis. 

5.    Bagi lelaki, risiko menghidap kanser payudara adalah lebih kecil kerana mereka tidak mencukur bulu ketiak justeru bahan-bahan kimia dalam deodoran tidak menyerap ke dalam kulit.

Risiko lelaki menghidap kanser payudara adalah jauh lebih kecil berbanding wanita.  Ini kerana tisu payudara lelaki adalah sedikit berbanding yang dimiliki oleh wanita. Tisu payudara wanita adalah 100 kali ganda lebih banyak justeru wajarlah risiko kanser payudara pada wanita pun 100 kali lebih tinggi. Satu lagi perkara yang menyebabkan perbezaan tingginya risiko kanser payudara ialah hormon.  Jika seseorang lelaki mempunyai kadar hormon estrogen yang tinggi, dia berhadapan risiko lebih besar untuk  menghidap kanser payudara -- bukan kerana bulu ketiak atau pun deodoran.