Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

Teknik Mandikan Kucing Yang Takut Air






Memandikan kucing adalah sesuatu yang paling sukar dilakukan. Ye la…kucing kan takut air, kalau korang dapat kucing yang tak takut air tu memang beruntung la, takda la payah sangat nak mandikan diorang ni. Tapi kalau dah takut sangat ni la yang payah sikit. Kena banyak bersabar. Kebanyakkan kucing akan meronta-ronta untuk mengelak daripada dirinya dibasahkan. Di sini kami ingin kongsikan bagaimana untuk memandikan kucing yang takut pada air ini…



Pertama sekali, dapatkan syampu kucing. Ia boleh didapati dalam jenis cecair ataupun serbuk kering. Syampu jenis kering tidak memerlukan air untuk membersihkan kucing, cuma berus je.
Apabila memandikan kucing buat kali pertama jangan jadikannya pengalaman yang paling teruk bagi kucing korang, kalau tak nanti kucing tu akan takut mandi seumur hidup…LOL. Mandikan kucing korang secara perlahan-lahan supaya anda tidak mencederakannya.
 
 

Memandikan kucing yang takut air boleh meninggalkan kesan trauma jika korang tidak berhati-hati, dan boleh menyebabkan kucing yang ketakutan selama beberapa hari selepas itu.
Jangan rendam kucing korang sepenuhnya, maknanya jangan curahkan air pada mukanya. Oh ya, sebelum mandi jangan lupa potong dulu kuku kucing tu, nanti habis korang kene cakar.
Kalau bilik air korang ada “rubber mat” lagi bagus, sebab kalau korang mandikan kucing korang kat situ akan menjadikan diorang berasa lebih selamat, jadi diorang kurang cenderung untuk panik dan menjadi agresif.


Kalau dapat kucing yang macam ni korang takyah mandikan diorang, diorang sendiri akan pegi mandi. hahahaha...


Sumber- Kucing.my

Sebab Apa Kucing Makan Rumput?






1) Kucing makan rumput adalah kerana untuk mengharapakan dengan makan rumput, ia akan mengakibatkan ia seperti “keracunan” atau “sakit” kerana untuk mengeluarkan racun atau sakit yang ada kat dalam perut atau badannya. ini adalah kerna ia mengalami gangguan pencernaan di dalam saluran perut.


 sesetengah laman web menyatakan, ia jugak keranap untuk memuntahkan semula bahan didalam perut. contohnya gumpalan bulu. Bulu jika tertelan dan tidak dikeluarkan amat bahaya untuk kesihatan kucing dan boleh mengakibatkan radang pada intestine kucing tersebut.


cuba korang lihat atau observe, lepas kucing nie makan rumput, ia akan senyap tidak bergerak beberapa saat, kemudian akan merasa mual seperti keracunan, dan kemudian akan memuntahkan sesuatu.


2) kucing adalah haiwan karnivor dimana kucing kebiasaanya makan daging dan ikan. tetapi, kucing juga sperti manusia memerlukan keseimbangan badan seperti calcium, protein dan sebagainya. oleh itu kadang- kadang, kucing memakan rumput atau sayur adalah untuk menambah serat di dalam badan. Kucing pun pandai tau...

Friday, May 3, 2013

Tips Untuk Mengajar Kucing Anda Mengenali Nama Samarannya





Bagi kucing yang pertama kali tinggal bersama anda selalunya ketika dipanggil, kucing anda buat "derk" je, mesti anda nak kucing anda datang pada anda bila dipanggil kan?

4 cara untuk ajar kucing anda mengenal namanya:

 1. Ketika anda sedang bermain dengan kucing anda, selalu panggil dengan namanya. Ketika 
     kucing anda bagi respon, beri la dia pujian kat beliau, pastu bagi sedikit hadiah seperti 
     makanan kesukaannya, cara ini akan membantu mengingatkan namanya kerana kucing 
     anda akan terasa tentang hal yang best, seolah-olah beliau akan berfikir bila namanya 
     dipanggil, dia akan diberi sesuatu.

 2. Mesti selalu rapat dengan kucing anda, tengok tingkah laku nya, ajak kucing anda bermain 
     sambil bermain sambil disulami memanggil namanya. Lama-kelamaan kucing anda akan 
     mengingat namanya dan akan beri respon yg baik dan akan ternanti-nanti sesuatu yang 
     akan anda berikan setiap kali anda memanggil namanya.


 3. Jangan panggil nama kucing anda ketika kucing anda sedang buat hal sebab kucing anda 
     akan terasa bahawa nama itu disebut untuk marah beliau. Panggil nama kucing anda masa 
     dia dok makan. Jika kucing anda dok ada kat luar, panggil kucing anda sambil tuang 
     makanan/minuman ke tempatnya, cara ini boleh dilakukan untuk mengajarkannya datang 
     ketika anda menyebut namanya. Kalau boleh start tips2 ni semenjak kucing anda kecik 
     lagi. Ajar kucing yg kecik lagi senang dari yang dah kertu.

 4. Jangan sesuka hati ubah nama kucing anda sebab ini akan semakin memeningkan kepala 
     kucing anda. Panggilkan beliau cuma satu nama saja.



selalunya tips ni lebih mujarab dengan makanan & minuman favorite kucing anda... Selamat Mencuba :)