Lapisan kulit dan lemak tisu ekstra yang terletak di bawah dagu anda
dikenali sebagai dagu berlapis a.k.a 'double chin'. Seseorang itu boleh
mendapat dagu berlapis apabila terdapat pemendapan jumlah lemak yang
berlebihan di bawah kulit akibat berat badan yang berlebihan. Selain
itu, pengambilan terlalu banyak makanan yang tinggi kalori, penuaan,
kurang aktiviti fizikal dan faktor genetik juga menyumbang kepada dagu
berlapis.
Walaupun terdapat prosedur pembedahan yang boleh membantu hilangkan dagu
berlapis, tetapi prosedurnya agak mahal sedikit. Namun, jangan risau
kerana anda boleh rawatan sendiri di rumah yang mudah, murah dan tidak
menyakitkan serta bebas dari kesan sampingan seperti berikut:
Gula-gula getah bebas gula
Untuk menghilangkan dagu berlapis, ianya sangat penting untuk menjaga
otot muka. Salah satu cara terbaik adalah dengan mengunyah gula-gula
getah yang bebas gula. Ini kerana ia tidak akan membuatkan gigi anda
sakit sebaliknya menguatkan lagi gigi dan gusi anda. Pada masa yang
sama, aktiviti mengunyah gula-gula getah akan memberikan otot rahang
anda senaman yang selama berjam-jam. Anda boleh melakukan aktiviti ini
beberapa kali sehari untuk mengurangkan dagu berlapis dalam masa secepat
yang mungkin.
Vitamin E
Tahukah anda bahawa pengambilan vitamin E secara harian dapat
menyingkirkan dagu berlapis? Ini kerana vitamin E sangat bagus dalam
meningkatkan keanjalan dan kesihatan kulit. Vitamin E boleh didapati
secara semula jadi dalam sumber makanan seperti sayur-sayuran hijau,
produk tenusu, beras perang dan banyak lagi. Anda juga digalakkan untuk
mengambil vitamin E secara harian dengan mengambil supplemen tetapi
dengan nasihat doktor.
Lemak koko
Anda boleh menyapu leher dan dagu dengan lemak koko a.k.a 'butter cocoa'
untuk menyelesaikan masalah dagu berlapis. Cara-caranya ialah ambil
beberapa sudu lemak koko dan masukkan ke dalam ketuhar mikro untuk
memanaskannya. Kemudian, urut kawasan leher dan dagu dengan lemak koko
yang sedikit panas perlahan-lahan. Untuk lebih efektif, pastikan anda
melakukan aktviti ini beberapa minit sebelum tidur pada waktu malam dan
sebelum mandi pada waktu pagi. Kegunaan lemak koko secara kerap dapat
meningkatkan keanjalan kulit anda. Cubalah.
Susu
Susu sangat bagus untuk menegangkan kulit di sekitar kawasan dagu.
Gunakan susu sebagai toner dan pakaikan pada dagu. Kemudian, urut untuk
beberapa minit sebelum membilasnya dengan air suam. Satu lagi cara
adalah dengan membuat 'masker' gabungan susu dan madu. Campurkan
kedua-dua bahan dan gunakannya di kawasan dagu selama sepuluh minit
sebelum cuci dengan air suam. Ulang proses ini sekali sehari untuk
menjadikan kulit lembap dan licin serta membantu kurangkan dagu berlapis
dengan cepat.
Tembikai
Aplikasikan ekstrak jus tembikai yang segar dengan gunakan kapas pada
kawasan di sekitar dagu dan leher. Biarkan selama 15-20 minit sebelum
cuci dengan air bersih. Untuk hasil yang lebih baik, gabungkan jus
tembikai dengan jus epal, kemudian urut di sekitar rahang anda. Pada
masa yang sama, anda juga disarankan memakan tembikai secara harian
kerana ia mengandungi kandungan air yang agak tinggi. Justeru, ia
membantu untuk mengusir toksin yang tidak diingini daripada badan anda
serta membantu dalam penurunan berat badan.
Air
Untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan dagu berlapis, anda perlu
minum air secukupnya. Kajian mendapati bahawa kekurangan air boleh
menambahkan berat pada muka anda dan menyebabkan dagu berlapis. Jadi,
cuba untuk minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari kerana ia
membantu untuk mengusir toksin yang tidak diingini dari dalam badan
anda. Pada masa yang sama, kawal diri anda daripada pengambilan kopi,
alkohol, teh dan minuman berkarbonat secara kerap.
Teh hijau
Pengambilan teh hijau secara kerap merupakan salah satu cara yang
berkesan untuk menghilangkan dagu berlapis. Seperti anda tahu, teh hijau
mengandungi antioksidan yang kuat dan pelbagai komponen yang
mempercepatkan kadar metabolisme serta membantu untuk membakar ekstra
kalori. Jadi, ia memang idea yang baik untuk minum teh hijau daripada
kafein. Mulakan hari anda dengan secawan teh hijau setiap hari untuk
melihat transformasi dagu anda!