Sunday, August 11, 2013

Resepi: Ikan Sweet Sour

Ikan Sweet Sour


Bahan-bahan: ( 4 orang makan )

  • 1 ekor ikan kerapu / siakap / tombak etc (berat dlm 500gm)
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 1/2 labu bawang besar ditumbuk lumat
  • 2 sb cili boh
  • 1/2 botol kecil sos tomato
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 biji tomato dibelah 6
  • 1 labu bawang besar dimayang bulat
  • minyak
  • gula dan garam

Cara-cara:

1.     Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga masak.
2.     Dalam kuali lain. Ambil sesenduk minyak goreng ikan. Panaskan dan tumis cili boh.
3.     Apabila cili boh agak garing, masukkan bahan yang ditumbuk.
4.     Masukkan sos tomato, daun limau purut dan serai. Kacau sebati.
5.     Masukkan gula dan sedikit garam. Jangan masuk garam lebih kerana ikan sudah ada garam. Rasa agak ada rasa masam, manis.
6.     Masukkan ikan yang telah digoreng dan ratakan kuah pada ikan. 
            Bila dah cukup rasa masam, masin dan manis, tabur bawang potong dan tomato. 
         Sedia untuk dihidang.

Wednesday, August 7, 2013

Resepi: Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah


Bahan-bahan: ( 5/6 org )

  • 1/2 ekor ayam
  • 1biji bawang besar ( dihiris bulat)
  • 1biji tomato ( dipotong dadu)
  • 1biji cili merah besar (potong memanjang)
  • 1sudu besar bawang merah ( yang telah di blend)
  • 1sudu besar bawang putih ( yang telah di blend)
  • 1sudu besar halia (yang telah di blend)
  • 2sudu besar cili giling
  • 2sudu besar sos cili
  • 2sudu besar sos tomato
  • Garam & serbuk perisa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Goreng ayam dalam kuali (separuh masak)
  2. Tutupkan api. Angkat & toskan minyak ayam.
  3. Sediakan kuali untuk menumis. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan cili boh. Kacau & masukkan ayam sekali.
  5. Tambahkan sedikit air agar tidak melekit. Masukkan sos cili & sos tomato. Kacau rata.
  6. Selepas itu, masukkan bawang besar & tomato yang dipotong tadi. Jangan lupa masukkan cili besar.
  7. Kacau lagi, kemudian masukkan garam & serbuk perisa. Bila kuah dah agak pekat tutupkan api.

Tuesday, August 6, 2013

Resepi: Kek Coklat Lapis Keju



Kek Coklat Lapis Keju


Bahan-bahan: ( loyang 9" )

  • A. Bahan kek coklat
  • 3 biji telur gred A
  • 1 1/2 cawan gula halus (dikisar dan diayak)
  • 1 sudu besar esen vanila (boleh guna esen lemon kalau suka)
  • 4 sudu besar serbuk koko (jika nak kurang pahit letak 3 sahaja)
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan susu (boleh guna susu cair atau susu segar)
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (kalau taknak letak pun takpe)
  • (tepung gandum, serbuk coklat, baking powder dan soda bikarbonat diayak bersama bagi mengelakkan ketulan)
  • B. Bahan kek keju
  • 250 gram krim keju
  • 50 gram hula halus (dikisar dan diayak)
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar air (optional kalau taknak letak pun boleh)
  • C. Topping kek
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Jem blueberry 



Cara-cara:

  1. Adunan kek coklat
  2. Pukul telur dan gula hingga sebati, kemudian masukkan esen vanila, air panas, susu dan minyak dan kacau hingga sebatiMasukkan bahan-bahan yang telah diayak dan bahagi kepada dua adunan untuk buat dua lapisan.
  3. Adunan kek keju
  4. Pukul krim keju dan gula dalam bekas yang berlainan hingga sebati dan kemudian masukkan telur dan air. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga tepung tidak bergumpal.
  5. Panaskan periuk kukus dan pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain.
  6. Masukkan 1 adunan kek coklat ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit. Kemudian masukkan pula adunan kek keju. Letakkan sedikit jem blueberry bagi menambah rasa kepada kek keju. Kukus selama 15 minit. Dan akhir sekali masukkan adunan kek coklat yang kedua dan kukus juga selama 15 minit.
  7. Sejukkan kek sebelum diletakkan topping
  8. Topping
  9. Campurkan serbuk koko, susu pekat dan miyak masak ke dalam periuk. Panaskan dia atas api yang sederhana dan masak sehingga nampak berkilat, Jangan terlalu lama atau mendidih, nanti susu akan berketul
  10. Sejukkan topping sebelum dituang ke atas kek dan hias dengan badam atau apa sahaja ikut mengikut kesukaan.



Monday, August 5, 2013

Resepi: Kek Buah Sempoi

Kek Buah Sempoi


Bahan-bahan: ( 1 loyang (20cm) )

  • 250gm butter
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 kotak mixed fruit
  • 1 cawan air masak
Bahan A:-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji oren diambil jus dalam 1/2 cawan ( kalo takde, guna jus dalam kotak atau bancuh kordial jadi 1/2 cwn)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara:

1.     Campur butter, susu pekat, mixed fruit dan air masak dalam periuk. Masak atas api perlahan hingga cair semua. Angkat dan biar sebentar, masukkan dalam fridge semalaman. (kalu nak buat esok pagi, masak malam ni dan simpan dalam peti di bahagian biasa tau.. bukan freezer)
2.     Keluarkan dan biar dalam 1 jam. Lepas tu campurkan dengan semua bahan A. Kacau dengan senduk sampai sebati.
3.     Masukkan dalam loyang yang dialas kertas dan digris. Bakar hingga masak ikut oven ( masak dalam 1 1/2 jam) 

* simpan semlmn supaya jus dari buah tu meresap sekali... warna kek pun perang sebab kismis dan adunan ni agak pekat, jangan risau. Buah2 pun sekata, tak mendap*

Resepi: Spageti Bolognaise



Spageti Bolognaise


Bahan-bahan: ( 5-10 orang )

  • 1 bungkus spageti
  • 1 botol sos pasta
  • 3sudu besar majerin/minyak sapi
  • 1 bungkus daging/ayam kisar (Ramli)
  • 2 biji tomato (dihiris kiub)
  • 1 biji cili benggala (dihiris kiub)
  • 2 bawang besar (dihiris kiub)
*Bahan untuk dikisar :
  • 10-15 biji cili kering (kalau nak pedas letak cili kering banyak sikit)
  • 2 biji tomato
  • 2 biji bawang besar

Cara-cara:

1.     cara2 untuk sos spageti :
2.     panaskan minyak sapi/ majerin
3.     tumiskan bawang besar dan bawang putih
4.     apabila bahan yang ditumis sudah kuning masukkan daging/ayam kisar.biar sampai daging tersebut betul2 masak
5.     apabila daging sudah masak dah tidak berair masukkan bahan yang dikisar ( bawang besar, tomato, cili kering)
6.     masukkan sos spageti (apa2 brand) dan biar sehingga sos spageti yang masak
7.     masukkan sos cili, bawang besar, tomato, cili benggala yang dihiris kiub
8.     biarkan seketika.tapi jangan terlalu lama bimbang tomato akan hancur
9.     siap!!! garam dan penambah perisa mengikut selera masing2
10.   untuk mee spageti : rebuskan mee spageti bersama majerin dan secubit garam.setelah spageti lembut toskan.dan siap untuk dimakan bersama sos yang telah di masak.